JiwaKacauss' Fotopage

By: JiwaKacau Photography

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Wednesday, 18-Feb-2009 02:47 Email | Share | | Bookmark
Menanti Kritikan Membina

Sweet and sour
Putrajaya
Summit
View all 10 photos...


Salam,

Sejak zaman nenek kebayan lagi aku teringin sangat nak ada sebijik SLR yang canggih meletup2, tapi nenek kebayan tak bagi beli sebab masa tu SLR belum wujud. Heh! Sebenarnya aku yang tadak fulus nak beli benda mahal tu. Jadi aku pendamkan impianku itu sehingga tiba waktunya nanti mesti aku beli satu. Selepas 5 tahun, saving aku dlm Public Mutual aku keluarkan separuh, (keluar untung jer, modal simpan balik) dan aku call mentor atau cikgu aku atau sifu aku, cikgu ajeez.

Dia kata, kalau nak beli untuk beginner, cari model Nikon D60, tempatnya di Komtar, Penang. Maka tanpa lengah2...esok pagi2 aku drive ke penang. Nak parking punya la susah. Tawaf Komtar 4 kali jugak la. Finally aku terpaksa gak parking dlm Komtar walaupun mahal. Aku sampai depan kedai tu tepat pukul 10 pagi, Jackson tauke kedai baru nak bukak pintu. Akupun dgn penuh gayanya menyapa mamat cina tu, .." hi there good morning, im looking for mr. Jackson. You know mr aziz? Hi is friend of mine." cewahh.. Sekali dia jawab apa tau..??

" Hang tunggu sat boleh tak, aku baru nak bukak kedai, sabaq sat. Hang nak cari kamera apa?" Huh.. dia punya speaking Penang sebijik mcm mami jelutong. Malu la aku yang perasan mcm mat
saleh ni.

Jadi aku bgtau kat dia cikgu Ajeez suruh aku mai jumpa dia, cari Nikon D60. Harganya kat 2ribu. Dia pun bawak display kat aku dari D40 sampai D300.. Aku tetap nak D60 sebab cikgu suruh beli yang tu...yang tu la. Jangan dok pandai2. Nanti kena ketuk ketampi. RM1900, in cash aku bagi kat dia. teketaq2 dari siku sampai ke lutut masa nak hulur duit tu. 2ribu wooo....lepas bayar duit kereta 8 bulan.

Bermula dari hari tu, aku pendamkan satu azam, nak jadi professional photographer mcm otai2 yang dah lama dlm industri ni. Ermm...masalahnya aku belum kenal otai2 tu lagi. yang aku kenal 2 org otai ja, cikgu Ajeez dgn Eiman... Thanks bro. So...tolonglah komen dan kritik gambar2 aku kat bwh ni. Aku kan budak baru blajar... Tq tq tq


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net